top of page
Writer's pictureLeong Mei Hong

Kemahiran Motor Kasar Yang Boleh Dipelajari Di Taman Permainan

Ibu bapa zaman sekarang sangat mementingkan pencapaian akademik anak. Mereka akan menghantar anak ke tadika lebih awal supaya anak boleh cepat membaca, menulis dan menjadi lebih pandai. Sesetengah tadika memang fokus dalam akademik (kebanyakan masa anak perlu duduk di dalam kelas untuk belajar).


Tetapi apa yang ibu bapa tidak terfikir adalah bermain di taman permainan membawa lebih banyak manfaat dalam membantu perkembangan kemahiran kanak-kanak berbanding duduk di kelas sahaja.


Tugas seorang kanak-kanak adalah belajar melalui bermain.

Kanak-kanak dari semua peringkat umur dapat belajar dan mengembangkan kemahiran yang penting semasa bermain di taman permainan.


Dalam blog ini saya akan menghuraikan kemahiran yang boleh dibina di taman permainan dan bagaimana permainan di taman permainan membantu dalam perkembangan kemahiran seseorang kanak-kanak.



taman permainan

Kemahiran Yang Boleh Dibina di Taman Permainan


1. Koordinasi


Koordinasi merujuk kepada keupayaan untuk mentafsir pelbagai isyarat dengan betul untuk melakukan tugas fizikal yang lebih kompleks dengan tepat.


Koordinasi mata-tangan, misalnya, memerlukan kanak-kanak mentafsirkan maklumat visual dengan betul dengan cara yang membolehkan mereka menangkap bola. Tugas yang nampaknya sederhana ini merangkumi aktiviti neurologi, kawalan fizikal dan refleks, antara kemampuan lain.


Contohnya, aktiviti memanjat di taman permainan akan membantu dalam menambah baik koordinasi. Semasa memanjat, kanak-kanak harus berfikir di mana untuk meletakkan tangan dan kakinya.


2. Kesedaran Ruang (Spatial Awareness)


Apabila kanak-kanak menjadi lebih besar, mereka akan lebih sedar terhadap sekeliling mereka. Taman permainan mempunyai ruang yang luas dan banyak jenis peralatan.


Kanak-kanak berlari di taman permainan mungkin akan terlanggar kawan lain atau peralatan. Ini merupakan cara yang bagus untuk melatih kesedaran tubuh dan persepsi jarak jauh.


3. Keseimbangan


Keseimbangan merujuk kepada kemampuan untuk mengekalkan kedudukan atau postur semasa melakukan tugas tertentu. Aktiviti seperti berjalan, berlari, naik tangga atau duduk, semuanya memerlukan keseimbangan.


Oleh sebab itu, di taman permainan, keseimbangan kanak-kanak akan bertambahbaik kerana semua aktiviti di taman permainan seperti buaian, gelongsor atau bar monyet akan melatih keseimbangan.

4. Kekuatan Otot


Sesetengah aktiviti di taman permainan akan mencabar kekuatan otot. Contohnya, aktiviti memanjat jaring. Memanjat jaring adalah tidak senang kerana jaring akan bergerak apabila anda memanjat. Aktiviti ini akan menguatkan otot tangan, perut dan kaki.


Bukan itu sahaja, bermain di taman permainan juga akan meningkatkan ketahanan badan kerana kanak-kanak akan bergerak, berlari dan memanjat sepanjang masa di sana.


5. Kawalan postur


Melatih keseimbangan, koordinasi dan kekuatan otot mempunyai faedah yang sama, menambah baik kawalan postur.


Postur yang betul sangat penting untuk ketangkasan dan kelenturan semasa melakukan aktiviti fizikal yang memerlukan kemahiran yang lebih tinggi.


Kawalan postur adalah kemahiran bermain yang penting dan menjadi asas yang untuk membina kemahiran yang diperlukan di sekolah seperti kemahiran menulis, mewarna, menggunting dan melukis.



 

Peralatan Di Taman Permainan


1. Gelongsor

gelongsor

*Kemahiran yang dapat dibina:


- Keseimbangan

- Kekuatan otot

- Kesedaran tubuh

- Koordinasi dua hala

- Kawalan postur





2. Aktivit memanjat dan keseimbangan

Contohnya seperti memanjat jaring atau tembok batu dan papan titian.

berjalan atas papan titian

*Kemahiran yang dapat dibina:


- Koordinasi tangan dan kaki

- Koordinasi dua hala

- Kekuatan otot tangan dan kaki

- Keseimbangan






3. Terowong

terowong

*Kemahiran yang dapat dibina:


- Kekuatan otot perut

- Koordinasi badan







4. Buaian

buaian

*Kemahiran yang dapat dibina:


- Keseimbangan badan

- Kesedaran ruang

- Koordinasi dua hala

- Kekuatan otot perut dan tangan (genggaman)




5. Bar Monyet (monkey bar)

bar monyet

*Kemahiran yang dapat dibina:


- Kekuatan otot tangan dan kaki

- Koordinasi dua hala

- Koordinasi tangan-mata

- Kesedaran tubuh

- Kawalan postur




6. Jongkang-jongket

jongkang-jongket

*Kemahiran yang dapat dibina:


- Koordinasi

- Keseimbangan

- Kekuatan otot tangan dan perut








7. Penunggang Spring (spring rider)

penunggang rider

Penunggang spring merupakan satu permainan di mana kanak-kanak boleh duduk di atas dan bergoyang depan dan belakang.


*Kemahiran yang dapat dibina:


- Keseimbangan

- Koordinasi

- Kekuatan otot tangan dan perut


*Hanya kemahiran utama yang disenaraikan



 

Kesimpulan


Taman permainan adalah tempat yang sesuai untuk perkembangan kemahiran motor kasar kanak-kanak (kemahiran yang mereka perlukan untuk melakukan aktiviti seharian)


Kemahiran ini dapat membantu menyediakan mereka untuk ke sekolah. Hal ini kerana mereka akan memerlukan kekuatan perut untuk mengekalkan postur yang betul untuk melakukan aktiviti di atas meja dan kemahiran koordinasi untuk menulis dan memotong.


Kemahiran motor kasar juga akan menyediakan kanak-kanak untuk bersukan dan bermain dengan rakan sebaya.


Aktiviti fizikal seperti bermain di taman permainan dapat meningkatkan fokus dan tumpuan anak di dalam kelas atau ketika melakukan kerja rumah.


Bukan itu sahaja, aktiviti fizikal mendorong gaya hidup sihat (mengurangkan risiko obesiti) dan membantu anak membina keyakinan kerana mereka dapat mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dengan rakan sebaya dan menjadi lebih berdikari dalam melakukan tugas harian mereka.


Jom bawa anak ke taman permainan dengan lebih kerap!

Comments


Back to top

bottom of page